Malam ini ka-tiga-puloh:
Tamat rejang tiga puloh,
Hati dalam hanchorkan luloh,
Di-ambil papan berlanteikan buloh,
Koyakkan kain bekas tuboh.
[cclvii] Omens depending on Aspect which varies from Day to Day [p. [559].
Pengadapan Nabi
Fasal ini pada menyatakan Nabi-nabi punya pengadapan kapada hari yang tujoh masing-masing dengan adap-nya.
Bermula kapada hari Ahad Nabi Allah Adam ʿaleyhi al-salam mengadap ka timor laut; dan kapada hari Ithnin Nabi Allah Musa ʿaleyhi al-salam mengadap ka timor tĕpat; dan kapada hari Thalatha Nabi Allah ʿIsa ʿaleyhi al-salam mengadap ka tenggara; dan kapada hari Arbaʿ Nabi Allah Ibrahim ʿaleyhi al-salam mengadap ka selatan; dan kapada hari Khamis Yunus mengadap ka barat daya; dan kapada hari Jumʿat Nabi Muhammad sall’ Allahu ʿaleyhi wa’l-salam mengadap ka barat tĕpat; dan kapada hari Sabtu Nabi Allah [?] ʿaleyhi al-salam mengadap ka utara ada-nya.
Itulah hari yang tersebut katahui uleh-mu, hei, Talib sakalian-nya itu didalam-nya jangan bersia-sia ada-nya.