Lalu-lah tidor; jikalau baik, perbuat-lah, jikalau jahat jangan di-perbuat ada-nya. Dan lagi jikalau handak menchhari tempat akan berbuat rumah maka tĕrangi dahulu tanah itu kira-kira arah (?) ruang tengah-tengah, ambil kayu mati-mati tandah-kan (?) buat ampat penjuru kemdian chhari ranting kayu mati timbunkan kadalam-nya, bakar telah hangus samua-nya jadi habu kumpulkan baik-baik tudong, mak[a] demkian kata-nya.
“Hei, sagala orang yang mĕmĕgang tanah ini ampat penjuru ʿalam!
Karna aku handak berbuat rumah;
Jikalau baik tunjokkan ʿalamat baik
Jikalau jahat tunjokkan ʿalamat jahat!”
Pada esok hari buleh [buka] tudong itu pagi-pagi hari Allah tandahi (? tanda-i) baik dan jahat: w’ʿaleyhi al-salam.
[xlviii] Lucky and Unlucky Seasons for Building
Dan lagi pada menyatakan jika handak mendirikan rumah mahu-lah di-katahui baik dan jahat-nya didalam bulan yang duabĕlas itu:—Pertama-tama kapada bulan Muharram mendirikan rumah banyak haru-biru-nya. Dan kapada bulan Safar mendirikan rumah banyak beruleh harta dan sahya. Dan kapada bulan Rabi’-al-awal mendirikan rumah satelah sudah rumah itu tuan-nya mati. Dan kapada bulan Rabi’-al-akhir mendirikan rumah baik sentosa yang ampunya rumah itu. Dan kapada bulan Jumada-’l-awal mendirikan rumah itu ʿalamat kahilangan har[ta] dan pakeian. Dan kapada bulan Jumada-’l-akhir mendirikan rumah itu penyakitan lagi perchinta’an padah-nya. Dan kapada bulan Rejab mendirikan rumah terlalu jahat tiada balik lagi harta kahilangan itu ada-nya. Dan kapada bulan Shaʿban mendirikan rumah di-kasih sagala Raja-raja dan orang besar-besar bun rahmat akan dia sakalian ada-nya. Dan kapada Ramthan mendirikan rumah itu ʿalamat kadatangan amas dan perak ada-nya. Dan kapada bulan Shawal mendirikan rumah itu ʿalamat terbakar lagi berchĕrei dengan kasih atau istri-nya, tiada baik padah-nya ada-nya. Dan kapada bulan Zulkaʿidah mendirikan rumah itu ʿalamat kasukaran akan beruleh padah-nya ada-nya. Dan kapada bulan Zulhaji mendirikan rumah beruleh harta dan sahya dan kerbau dan lembu di-nĕgrahi Allah taʿala akan dia: w’ʿaleyhi al-salam.
[xlix] Directions for Building [p. [143].
Dan lagi jikalau handak mengorek lobang tiang, jangan kena bayang-bayang, atau handak mendirikan tiang, tiada baik kasusahan-nya lagi penyakitan terlalu amat jahat padah-nya. Dan tatkala mengorek lobang tiang itu bacha-lah doʿa ini dahulu:—