Bab yang ka-’nam, warna-nya puteh kuning; nama bintang[-nya] Mushtari, diam-nya pada langit yang ka-’nam, warna-nya puteh kuning; apakala melangkah kita pada katika itu, ada-lah langkah rezki dan barang yang bersua puteh kuning jua, orang atau benatang atau makan-makanan atau barang pekerja’an atau [?]; ada-lah pada langkahan ini salamat; dan sa-baik-baik langkah pada katika itu dan barang yang di-kahandak-nya ada-lah di-perlakukan Allah taʿala, apakala melangkah pada katika itu insha’ Allah taʿala suka’an [di-] per [-uleh]: wa’llahu aʿlam.

Bah yang ka-tujoh, nama bintang-nya Zahal,[84] diam-nya pada langit yang ka-tujoh, warna-nya puteh, kuning, hitam, hijau, merah, dan barang pekerja’an pada katika itu atau perlangkahan baik pun ada jahat pun ada tetapi jahat deripada baik sangat: wa’llahu aʿlam.

[ccxlvii] Lucky and Unlucky Days of the Week [p. [549].

Fasal pada menyatakan malam Ahad terlalu baik, barang di-chita-mu segra di-peruleh: demkian-lah padah-nya; dan jika pada malam Ithnin itupun terlalu baik barang pinta-mu segra di-peruleh; demkian-lah padah-nya; dan jika pada malam Thalatha baik juga ʿalamat akan menjadi mentri atau penghulu besar: demkian-lah padah-nya; dan jika pada malam Arbaʿ orang itu jadi pertapa, jika jahil jadi jahat, padah-nya; dan jika pada malam Khamis baik barang yang melihat jadi dia jadi kasih, padah-nya; dan jika pada malam Jumʿat terlalu amat baik akan beruleh sukachita, padah-nya; dan jika pada malam Sabtu ʿalamat beruleh berkat dan salamat di-bri Allah taʿala.

Amin! Ya Rabb’-al-ʿalamin.

[ccxlviii] Days which are Unlucky in certain Months only

Dan lagi nahas pada bulan yang dua-b’las itu pada tiap-tiap bulan:—Pertama-tama pada bulan Muharram kapada 5 hari bulan nahas dan kapada 15 pun nahas juga; dan kapada bulan Safar 1 hari bulan nahas dan kapada 3 hari bulan pun nahas juga; dan kapada bulan Rabiʿ-al-awal kapada 1 hari bulan nahas, kapada 2 hari bulan pun nahas juga; dan kapada bulan Rabiʿ-al-akhir 1 hari bulan nahas kapada 7 hari bulan pun nahas juga; dan kapada bulan Jumada-’l-awal 2 hari bulan nahas kapada 15 hari bulan pun nahas; dan kapada bulan Jumada-’l-akhir 2 hari bulan nahas, kapada 4 hari bulan pun nahas; dan kapada bulan Rejab 11 hari bulan nahas kapada 13 hari bulan nahas juga; dan kapada bulan Shaʿban 3 hari bulan nahas kapada 4 hari bulan pun nahas dan [?] hari-nya pun nahas juga; dan kapada bulan Ramthan pada 9 hari bulan nahas kapada 20 hari bulan nahas; dan kapada bulan Shawal 6 hari bulan nahas, kapada 7 hari bulan pun nahas; dan kapada bulan Zu-’l-Kaʿidah 2 hari bulan nahas, kapada 9 hari bulan pun nahas; dan kapada bulan Zu-’l-Haji[85] 6 hari bulan nahas, kapada 7 hari bulan pun nahas juga; wa’llahu aʿlam bi-’l-sawab, telah di-wasiatkan Nabi sall’ Allahu ʿaleyhi wa’l-salam kapada Amir Al-Mu’min[in] ʿAli, rathi Allah ʿanahu ajmʿain kapada tiap-tiap bulan punya nahas, yang besar didalam satu tahun nahas dua-puloh ampat kali 24 yang besar ada-nya: wa’llahu aʿlam.

[ccxlix] Days Unlucky in any Month

Ini nahas pada tiap-tiap bulan:—Pertama-tama kapada tiga hari bulan di-k’luarkan Allah taʿala Nabi Allah Adam ʿaleyhi al-salam deri dalam shurga; dan kapada lima hari bulan di-karamkan Allah taʿala kaum Nabi Allah Noh ʿaleyhi al-salam; dan kapada tiga-b’las hari bulan di-buangkan Allah taʿala akan Nabi Allah Yusuf di-buang uleh saudara-nya kadalam telaga; dan kapada salekor hari bulan di-karamkan Allah taʿala Perʿaun ka-dalam sungei Nil; dan kapada ampat lekor hari bulan di-telan uleh ikan Nabi Allah Yunas, ʿaleyhi al-salam didalam laut; dan kapada lima lekor hari bulan tatkala itu sumbing gigi Rasul Allah sall’ Allahu ʿaleyhi wa’l-salam.

[ccl] Lucky and Unlucky Months