(Muharram is missing; it is generally believed to be lucky)

Fasal pada menyatakan bulan Safar, orang beruleh dukachita lagi (lagi) kasakitan handak-lah membri sedekah tujoh kali pada sabulan demkian-lah itu padah-nya. Jika pada bulan Rabiʿ-al-awal maha baik orang itu beruleh sukachita dan semper[na] dunia akhirat padah-nya. Jikalau pada bulan Rabiʿ-al-akhir itu pun baik terlalu sukachita dan lagi di-puji orang [itu?] uleh sagala taulan handaki-nya (?) kasih padah-nya. Jika pada bulan Jumada-’l-awal itu pun, handak-lah juga orang itu beruleh laba demkian-lah padah-nya. Jika pada bulan Jumada-’l-akhir ʿalamat akan beruleh kernia raja atau mentri demkian-lah padah-nya. Jika pada bulan Rejab ʿalamat orang itu akan beruleh khabar benar dan nʿemat di-b’ri Allah taʿala orang itu demkian-lah padah-nya. Dan jika pada bulan Shaʿban ʿalamat orang itu akan saperti di-pleherakan Jibrail ʿaleyhi al-salam datang pada orang itu, barang yang di-pinta-nya di-peruleh-nya pada Allah taʿala, demkian padah-nya. Jika pada bulan Ramthan maha baik di-bri Allah taʿala pahala Mikail ʿaleyhi al-salam handak-lah orang itu berbuat benar demkian-lah padah-nya. Jika pada bulan Shawal ʿalamat pahala saperti Israfil ʿaleyhi al-salam, orang itu akan memegang karaja’an yang benar demkian-lah padah-nya. Jika pada bulan Zu’l-Kaʿidah inilah besar pahala-nya saperti ʿIzrail ʿaleyhi al-salam di-bri Allah taʿala akan orang itu, amanat handak-lah juga membunoh demkian-lah padah-nya. Jika pada bulan Zu’l-Haji terlalu amat baik, di-bri Allah taʿala pahala-nya saperti ʿUmar ibni Al-Khattab akan katika pahala-nya, saperti Ashmat (?) ibni Afan (?) pahala-nya, saperti Amir-al-Mu’min[in] ʿaleyhi rathi Allah ʿasanat (?), di-negrahkan Allah taʿala orang itu ada-nya.

[ccli] Times when Storms are to be expected

Dan lagi fasal nahas angin pada tiap-tiap bulan angin besar akan turun:—Bermula jikalau bulan Muharram kapada 27 atau 28 turun angin; dan jikalau bulan Safar kapada 25 turun angin; dan jikalau bulan Rabiʿ-al-awal 23 turun angin; dan jikalau bulan Rabiʿ-al-akhir 21 atau 24 turun angin; dan jikalau bulan Jumada-’l-awal kapada 9 hari bulan turun angin; dan jikalau bulan Jumada-’l-akhir kapada 16 atau 20 hari bulan turun angin; dan jikalau bulan Rejab kapada 9 hari bulan turun angin; dan jikalau bulan Shaʿban kapada 13 hari bulan turun angin; dan jikalau bulan Ramthan kapada 11 hari bulan atau kapada 14 hari bulan turun angin; dan jikalau bulan Shawal kapada 9 hari bulan atau 12 hari bulan turun angin; dan jikalau kapada bulan Zu-ʿl-kaʿidah kapada 7 hari bulan atau kapada 15 hari bulan atau kapada 16 hari bulan turun angin; dan jikalau kapada bulan Zu-’l-haji [kapada] 5 hari bulan atau 8 hari bulan turun angin: wa’llahu aʿlam bi’l-sawab.

[cclii] Omens [p. [550].

Depending on the day of the Week which begins the Year

Bab ini pada menyatakan ʿalamat kapala tahun. Bermula kapada bulan itu Muharram, jika Ahad sa-hari bulan Muharram ʿalamat raja didalam negri itu akan ʿadil hukum-nya ada-nya. Dan jikalau hari Ithnin sa-hari bulan Muharram ʿalamat banyak kasakitan orang didalam negri itu ada-nya. Dan jikalau hari Thalatha sa-hari bulan Muharram ʿalamat melihat tumpah darah didalam negri itu ada-nya. Dan jikalau hari Arbaʿ sa-hari bulan Muharram ʿalamat pandita akan datang ka negri itu ada-nya. Dan jikalau hari Khamis sa-hari bulan Muharram ʿalamat dagang akan datang ka negri itu ada-nya. Dan lagi jikalau hari Jumʿat sa-hari bulan Muharram ʿalamat banyak orang kaya-kaya akan sakit atau mati didalam negri itu ada-nya. Dan lagi jikalau hari Sabtu sa-hari bulan Muharram ʿalamat banyak menuntut harta didalam negri itu atau didalam dunia ini, dan aniaya-aniaya hukum-nya: wa’llahu aʿlam, tamat.

[ccliii] Omens

Depending on the Letter which the Year bears in the Cycle of Eight

Dan lagi pada menyatakan laksana tahun: jikalau tahun itu Alif, benatang-nya tikus, laksana dingin, hujan pun banyak, ayer sungei pun besar, huma ladang pun jadi, tanam-tanaman pun jadi ada-nya.